Sabtu, 26 Mei 2012

GENUS DAN VARIETI ORKID MALAYSIA

Terdapat lebih daripada 10 genus orkid yang biasa ditanam komersil di Malaysia . Antaranya adalah:

 
Genus
Ciri Utama
Dendrobium
Merupakan orkid simpodium, tumbuh secara epifit dan tidak perlu banayk cahaya mataharii.Bebawang semu beruas-ruas dan berair.  Bunga berjambak keluar dari hujung dan sisi bebawang.
Oncidium
Merupakan orkid simpodium dan epifit.  Tidak perlu cahaya matahari yang banyak untuk berbunga.  Bebawang semu licin, leper dan tidak beruas. Bunga keluar dari pangkal bebawang semu.
Cattleya 
Dari kumpulam orkid simpodium tetapi memerlukan jangkamasa siang yang pendik dan suhu rendah untuk berbunga.  Bebawang semu lebar di bahagian tengah, dan lebih tirus di bahagian atas. Bunga besar dan berwarna terang .
Arachnis 
Dikenali dengan nama spider orkid kerana bentuk bunga kelihatan seperti labah-labah, keluar berjambak dan bercabang. Batangnya memanjang dan boleh memanjat.
Vanda 
Kumpulan orkid monopodium, terbahagi kepada Vanda berdaun lebar dan Vanda berdaun berbentuk selinder.  Bunga orkid jenis ini besar.
Renanthera 
Ruas batang panjang dan boleh tumbuh dengan memanjat. Bunga keluar dari batang yang panjang dan bercabang. Cara pembiakan melalui anak benih dan keratan.
Phalaenopsis 
Dari jenis monopodial yang tumbuh secara eifit.  Daun lebar dan sakulen tersusun rapat.  Orkid ini rendah dan tidak memanjat.  Jambak bunga dalam dua baris yang terhampar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan