Sabtu, 26 Mei 2012

PENGURUSAN PEROSAK TANAMAN ORKID

Pengusahaan tanaman orkid perlu mengambil perhatian terhadap serangan perosak yang boleh menyebabkan kemusnahan tanaman dan mengakibatkan kerugian. Kawasan ladang yang akan ditanam dengan orkid hendaklah dibersihkan dengan menggunakan racun rumpai. Kawalan secara fizikal seperti menggunakan plastik hitam di beberapa kawasan atau mencabut rumpai secara manual juga boleh digunakan. Semburan racun perosak perlu dilaksanakan bagi mengelakkan kejadian kerosakan oleh perosak. Perosak utama tanaman orkid dan kaedah pengawalannya adalah seperti berikut:  

Jenis Perosak
Kawalan
1. Serangga

Kumbang
Oulema pectoralis, Apogonia spp
Gonophora xanthomala dan
Callispa duodecima culata
Memasang jaring netting atau pokok penghalang di sekeliling ladang.
Sembur racun seperti carbaryl, trichlorphon dan gamma BHC pada kadar 0.1%
a.i. Semburan preventif dilakukan pada peringkat berbunga.
Trips
Anaphotrips corbetti
Sembur dengan racun seperti dimethoate pada kadar 0.1% a.i
Teritip
Diaspis boisduvallis dan Parlatoria proteus
Sembur racun seperti dimethoate atau white oil pada kadar 0.1% a.i
Hamama
Dolichortetranychus dan Tetranychus spp
Sembur dengan racun hamama seperti dicofol atau white oil pada kadar 0.1% a.i atau tetradifon pada kadar 0.01% a.i
Siput dan lintah bulan
Rendam pasu ke dalam larutan mercaptodimethur pada kadar 0.1% a.i. Letakkan umpan metaldehyde pada laluan siput.
2. Penyakit
Simptom
Kawalan
Reput Umbut/Reput Hitam Phytophthora
Phytophthora palmivora
Pangkal daun yang diserang kelihatan seperti tompok yang terendam air. Ia merebak dan bertukar menjadi perang kehitaman. Serangan pada akar akan merebak ke batang dan daun dan bahagian yang diserang menjadi nekrotik.
Musnahkan bahagian berpenyakit. Baiki pengudaraan di tapak semaian. Kurangkan siraman air di kala suhu rendah atau musim hujan. Elakkan anakbenih terkena hujan, guna plastik tra-telus sebagai pelindung hujan. Sembur racun kulat sistemtik seperti metalaxyl digilir dengan racun sentuh seperti mancozeb. Matalaxyl digunakan pada dahan pucuk yang diserang.
Bintik Hitam Bunga
Curvularia eragostidis, colletotrichum gloeosporioides dan Botrytis sp.
Serangan bermula dengan bintik perang kecil pada ranggi dan kelopak bunga. Penyakit ini selalu menyerang pada Dendrobium dan Phalaenopsis terutama jenis putih.
Musnahkan bunga yang berpenyakit. Sembur racun kulat seperti mancozeb atau thiophanatemethyl sebagai kawalan kimia.
Reput Sclerotium/Reput Pangkal dan Akar 
Scleotium rolfsii
Kulat mula menyerang di bahagian akar dan daun merebak ke pangkal pokok. Bahagian diserang menjadi perang dan reput. Serangan akan merebak ke pangkal batang dan daun di bahagian bawah. Daun menjadi kekuningan dan gugur. Dalam keadaan cuaca yang sesuai sklerotia seperti biji sawi boleh dilihat di bahagian pangkal pokok.
Lindungi anakbenih dengan menggunakan bumbung polyvinyl di musim hujan.Musnahkan anak pokok berpenyakit. Jangan gunakan baja organan berlebihan. Kawalan kimia menggunakan benomyl. Kerat pokok berpenyakit dan rendam dalam racun kulat seperti captan.
Bintik Daun Cercospora
Cercospora dendrobii
Tanda penyakit berbeza mengikut jenis orkid. Pada Oncidium bintik kecil kurang drpd 1mm terdapat pada permukaan bawah daun. Pada Dendrobium bintik bulat berwarna kuning berukuran 1 cm garis pusat. Spora hitam terdapat dibawah permukaan daun.
Musnahkan bahagian yang diserang. Elak dari menyiram berlebihan. Jarakkan tanaman. Sembur racun kulat seperti benomyl atau mancozeb.
Antraknos
Colletotrichum gloeosporiodes
Kecederaan berbentuk bintik bulat dengan spora-spora hitam yang tersusun secara cecincin.
Musnahkan bunga yang berpenyakit. Sembur racun kulat seperti benomyl atau mencozeb.
Jelaga Hitam
Cladosporium sp. Polychaeton sp Trichomerium grandisporum dan Phragmocapnias betle
Penyakit kelihatan seperti jelaga hitam yang menyeliputi permukaan bahagian daun/pokok. Kulat membiak pada rembesan yang dikeluarkan oleh serangga seperti koya, kutu thrips dan kutu daun.
Kawal serangga dengan semburan racun seperti dimethoate. Sembur racun kulat seperti benomyl atau carbendazim.
Bintik Hitam bunga/Polinium hitam
Fusarium monilliforme
Serangan akan mengakibatkan polinium bunga menjadi perang dan hitam dan ini menyebabkan bunga cepat pudar dan layu. Penyakit lebih ketara bila ada serangan teritip pada kudup bunga.
Kawal teritip dengan semburan racun seperti dimethoate. Sembur racun kulat seperti benomyl atau carbendazim.
3. Bakteria
Simptom
Kawalan
Reput lembut Bakteria
Erwinia chrysanthemi
Penyakit bermula dengan bintik kecil yang basah berwarna hijau pucat hingga kuning perang dengan tepinya warna hijau tua. Dalam keadaan cuaca lembab dan panas, bintik ini cepat merebak ke serata daun. Bahagian yang diserang biasanya kelihatan basah dan reput. Penyakit ini boleh merebak ke bahagian batang dan akar mengakibatkan pokok mati.
Potong bahagian yang diserang dengan pisau bersih. Elak menyiram berlebihan. Elak dari melukakan pokok terutama di musim hujan. Baiki sistem pengaliran air dan pengudaraan di tapak semaian. Kurangkan baja nitrogen dan lebihkan baja kalium.
4. Virus
Simptom
Kawalan
Cymbidium Mosaic Virus,
Tobacco Mosaic Virus - Orkid strain dan Odontoglossum Ringspot Virus
Terdapat pelbagai jenis tanda penyakit, bergantung kepada jenis virus yang menyerang. Tidak dapat dijelaskan dengan nyata virus yang mana menyebabkan tanda-tanda penyakit berikut:
- Perubahan warna bunga (color breking)
- pucuk berputar
- daun capuk
- tangkai bunga pendik
- daun berkerekot
- bantut
- mozek dan jalur pada daun
Musnahkan pokok berpenyakit dan asingkan dari pokok sihat. Bersihkan alatan seperti pisau, gunting, secateurs untuk elakkan jangkitan.
Bersihkan dengan salah satu berikut:
- rendam alat dalam larutan 2% NaOH dan 2% formalin selama 5 saat.
- rendam dalam 10% klorox
- panaskan alatan dengan api.
5. Rumpai

Sembur dengan racun seperti glyphosate (0.6kg/ha) atau glufosinate - 

1 ulasan:

  1. Any interest in importing fungicide: Azoxystrobin, 250g/LSC;
    Mancozeb, 80% WP;
    Metalaxyl, 35% WP;
    Chlorothalonil, 75% WP;
    Etc. 

    bradly@ecosfarm.com ecosfarm@yahoo.com www.ecosfarm.com www.facebook.com/ecosfarm

    BalasPadam