Genus
|
Ciri Utama
|
Dendrobium
|
Merupakan orkid simpodium, tumbuh secara epifit dan tidak
perlu banayk cahaya mataharii.Bebawang semu beruas-ruas dan berair.
Bunga berjambak keluar dari hujung dan sisi bebawang.
|
Oncidium
|
Merupakan orkid simpodium dan epifit. Tidak perlu cahaya
matahari yang banyak untuk berbunga. Bebawang semu licin, leper dan
tidak beruas. Bunga keluar dari pangkal bebawang semu.
|
Cattleya
|
Dari kumpulam orkid simpodium tetapi memerlukan jangkamasa
siang yang pendik dan suhu rendah untuk berbunga. Bebawang semu lebar
di bahagian tengah, dan lebih tirus di bahagian atas. Bunga besar dan
berwarna terang .
|
Arachnis
|
Dikenali dengan nama spider orkid kerana bentuk bunga
kelihatan seperti labah-labah, keluar berjambak dan bercabang. Batangnya
memanjang dan boleh memanjat.
|
Vanda
|
Kumpulan orkid monopodium, terbahagi kepada Vanda berdaun
lebar dan Vanda berdaun berbentuk selinder. Bunga orkid jenis ini
besar.
|
Renanthera
|
Ruas batang panjang dan boleh tumbuh dengan memanjat. Bunga
keluar dari batang yang panjang dan bercabang. Cara pembiakan melalui anak
benih dan keratan.
|
Phalaenopsis
|
Dari jenis monopodial yang tumbuh secara eifit. Daun
lebar dan sakulen tersusun rapat. Orkid ini rendah dan tidak
memanjat. Jambak bunga dalam dua baris yang terhampar.
|
Sabtu, 26 Mei 2012
GENUS DAN VARIETI ORKID MALAYSIA
Terdapat
lebih daripada 10 genus orkid yang biasa ditanam komersil di Malaysia .
Antaranya adalah:
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan