Jenis Perosak
|
Kawalan
|
|
1. Serangga
|
|
|
Kumbang
Oulema pectoralis, Apogonia spp Gonophora xanthomala dan Callispa duodecima culata |
Memasang jaring netting atau pokok penghalang di sekeliling
ladang.
Sembur racun seperti carbaryl, trichlorphon dan gamma BHC pada kadar 0.1% a.i. Semburan preventif dilakukan pada peringkat berbunga. |
|
Trips
Anaphotrips corbetti |
Sembur dengan racun seperti dimethoate pada kadar 0.1% a.i
|
|
Teritip
Diaspis boisduvallis dan Parlatoria proteus |
Sembur racun seperti dimethoate atau white oil pada kadar 0.1%
a.i
|
|
Hamama
Dolichortetranychus dan Tetranychus spp |
Sembur dengan racun hamama seperti dicofol atau white oil pada
kadar 0.1% a.i atau tetradifon pada kadar 0.01% a.i
|
|
Siput dan lintah bulan
|
Rendam pasu ke dalam larutan mercaptodimethur pada kadar 0.1%
a.i. Letakkan umpan metaldehyde pada laluan siput.
|
|
2. Penyakit
|
Simptom
|
Kawalan
|
Reput Umbut/Reput Hitam Phytophthora
Phytophthora palmivora |
Pangkal daun yang diserang kelihatan seperti tompok yang
terendam air. Ia merebak dan bertukar menjadi perang kehitaman. Serangan pada
akar akan merebak ke batang dan daun dan bahagian yang diserang menjadi
nekrotik.
|
Musnahkan bahagian berpenyakit. Baiki pengudaraan di tapak
semaian. Kurangkan siraman air di kala suhu rendah atau musim hujan. Elakkan
anakbenih terkena hujan, guna plastik tra-telus sebagai pelindung hujan.
Sembur racun kulat sistemtik seperti metalaxyl digilir dengan racun sentuh
seperti mancozeb. Matalaxyl digunakan pada dahan pucuk yang diserang.
|
Bintik Hitam Bunga
Curvularia eragostidis, colletotrichum gloeosporioides dan Botrytis sp. |
Serangan bermula dengan bintik perang kecil pada ranggi dan
kelopak bunga. Penyakit ini selalu menyerang pada Dendrobium dan Phalaenopsis
terutama jenis putih.
|
Musnahkan bunga yang berpenyakit. Sembur racun kulat seperti
mancozeb atau thiophanatemethyl sebagai kawalan kimia.
|
Reput Sclerotium/Reput Pangkal dan
Akar
Scleotium rolfsii |
Kulat mula menyerang di bahagian akar dan daun merebak ke
pangkal pokok. Bahagian diserang menjadi perang dan reput. Serangan akan
merebak ke pangkal batang dan daun di bahagian bawah. Daun menjadi kekuningan
dan gugur. Dalam keadaan cuaca yang sesuai sklerotia seperti biji sawi boleh
dilihat di bahagian pangkal pokok.
|
Lindungi anakbenih dengan menggunakan bumbung polyvinyl di
musim hujan.Musnahkan anak pokok berpenyakit. Jangan gunakan baja organan
berlebihan. Kawalan kimia menggunakan benomyl. Kerat pokok berpenyakit dan rendam
dalam racun kulat seperti captan.
|
Bintik Daun Cercospora
Cercospora dendrobii |
Tanda penyakit berbeza mengikut jenis orkid. Pada Oncidium
bintik kecil kurang drpd 1mm terdapat pada permukaan bawah daun. Pada
Dendrobium bintik bulat berwarna kuning berukuran 1 cm garis pusat. Spora
hitam terdapat dibawah permukaan daun.
|
Musnahkan bahagian yang diserang. Elak dari menyiram
berlebihan. Jarakkan tanaman. Sembur racun kulat seperti benomyl atau
mancozeb.
|
Antraknos
Colletotrichum gloeosporiodes |
Kecederaan berbentuk bintik bulat dengan spora-spora hitam
yang tersusun secara cecincin.
|
Musnahkan bunga yang berpenyakit. Sembur racun kulat seperti
benomyl atau mencozeb.
|
Jelaga Hitam
Cladosporium sp. Polychaeton sp Trichomerium grandisporum dan Phragmocapnias betle |
Penyakit kelihatan seperti jelaga hitam yang menyeliputi
permukaan bahagian daun/pokok. Kulat membiak pada rembesan yang dikeluarkan
oleh serangga seperti koya, kutu thrips dan kutu daun.
|
Kawal serangga dengan semburan racun seperti dimethoate. Sembur
racun kulat seperti benomyl atau carbendazim.
|
Bintik Hitam bunga/Polinium hitam
Fusarium monilliforme |
Serangan akan mengakibatkan polinium bunga menjadi perang dan
hitam dan ini menyebabkan bunga cepat pudar dan layu. Penyakit lebih ketara
bila ada serangan teritip pada kudup bunga.
|
Kawal teritip dengan semburan racun seperti dimethoate. Sembur
racun kulat seperti benomyl atau carbendazim.
|
3. Bakteria
|
Simptom
|
Kawalan
|
Reput lembut Bakteria
Erwinia chrysanthemi |
Penyakit bermula dengan bintik kecil yang basah berwarna hijau
pucat hingga kuning perang dengan tepinya warna hijau tua. Dalam keadaan
cuaca lembab dan panas, bintik ini cepat merebak ke serata daun. Bahagian
yang diserang biasanya kelihatan basah dan reput. Penyakit ini boleh merebak
ke bahagian batang dan akar mengakibatkan pokok mati.
|
Potong bahagian yang diserang dengan pisau bersih. Elak
menyiram berlebihan. Elak dari melukakan pokok terutama di musim hujan. Baiki
sistem pengaliran air dan pengudaraan di tapak semaian. Kurangkan baja nitrogen
dan lebihkan baja kalium.
|
4. Virus
|
Simptom
|
Kawalan
|
Cymbidium Mosaic Virus,
Tobacco Mosaic Virus - Orkid strain dan Odontoglossum Ringspot Virus |
Terdapat pelbagai jenis tanda penyakit, bergantung kepada
jenis virus yang menyerang. Tidak dapat dijelaskan dengan nyata virus yang
mana menyebabkan tanda-tanda penyakit berikut:
- Perubahan warna bunga (color breking) - pucuk berputar - daun capuk - tangkai bunga pendik - daun berkerekot - bantut - mozek dan jalur pada daun |
Musnahkan pokok berpenyakit dan asingkan dari pokok sihat.
Bersihkan alatan seperti pisau, gunting, secateurs untuk elakkan jangkitan.
Bersihkan dengan salah satu berikut: - rendam alat dalam larutan 2% NaOH dan 2% formalin selama 5 saat. - rendam dalam 10% klorox - panaskan alatan dengan api. |
5. Rumpai
|
|
Sembur dengan racun seperti glyphosate (0.6kg/ha) atau
glufosinate -
|
Sabtu, 26 Mei 2012
PENGURUSAN PEROSAK TANAMAN ORKID
Pengusahaan tanaman orkid
perlu mengambil perhatian terhadap serangan perosak yang boleh menyebabkan
kemusnahan tanaman dan mengakibatkan kerugian. Kawasan ladang yang akan ditanam
dengan orkid hendaklah dibersihkan dengan menggunakan racun rumpai. Kawalan
secara fizikal seperti menggunakan plastik hitam di beberapa kawasan atau
mencabut rumpai secara manual juga boleh digunakan. Semburan racun perosak
perlu dilaksanakan bagi mengelakkan kejadian kerosakan oleh perosak. Perosak
utama tanaman orkid dan kaedah pengawalannya adalah seperti berikut:
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Any interest in importing fungicide: Azoxystrobin, 250g/LSC;
BalasPadamMancozeb, 80% WP;
Metalaxyl, 35% WP;
Chlorothalonil, 75% WP;
Etc.
bradly@ecosfarm.com ecosfarm@yahoo.com www.ecosfarm.com www.facebook.com/ecosfarm